Assalamualaikum &salam sejahtera...
Bertemu kita lagi di ruang blog saya...Kali ini kami ke bumi kangroo Victoria Melbourne...
Seperti biasa kami hanya mendapatkan kos tamabang murah Airasia sahaja..Janji sampai ke tempat yang dituju..
Kos tambang termasuk makanan dalam flight Rm1200 per pax..
Penginapan Rm440 perpax
Duit belanja Rm1000 perpax
so anda total sendiri berapa budget utk seorang...haha..budget kan??
Perjalanan dari LCCT ambil masa selama 8 jam ke Tullamarine Airport..Flight kami departure jam10.30pm...Tido bangun..tido bangun ler kami...
Setibanya kami di Tulamarine Airport,kami bergegas untuk mendapat kereta sewa yang kami (booking) dari Malaysia
...
Kos sewa kereta di sana kena pndai pilih...ada yang murah dan mahal..
Sewa kereta Rm359
child seat Rm60
total untuk 5 hari
Murah kan??
Kami meneruskan perjalanan kami dari Tullamarine Airport ke hotel yang kami tempah dari agoda.com...website ni memang menawarkan harga penginapan yang sangat berbaloi..Kami menggunakan GArmin yang kami bawa dari Malaysia..Anda kena setting terlebih dahulu Maps Melbourne..Untuk memudahkan perjalanan anda..Waktu tiba adalah jam8.30 am waktu Melbourne...GMP 2+(2 jam lebih awal dari waktu Malaysia)
pada hari pertama kami smp ke Melbourne,kami menginap di St Kilda Beach..Berdekatan dengan pantai yang cantik..
Masa nk check in...Fuh...Mat &Minah Sallaeh lar yang serve kita kan..hahaha...Biasanya di MAlaysia kita yang serve mereka...Tibalah masa bergembira di Melbourne...yihaa....
kami berjalan2 di sekitar hotel dan kemudiannya kami memandu kereta ke Kilda Beach...Melihat anak 2 comel bermain di tepi pantai...Geram je tengok anak anak minah salleh ni...gebui gebui kulit diorang....eeeiiii..!!!Rasa nk picit2 je...hehehe...
kruuitt kruittt...perut dah berbunyi...nasib kmi bawa maggi mee dari Malaysia...Mengalas perut dengan Indo mee...Jam menunjukkan jam4.30 pm..dah nak malam la ni...jam5.30 pm dah sepenuh malam...
nilaa mknan harian kmi hanya megi hihihi...bole kurus pi jln oversea huhuhu
Malam nya pula kami ke tepi pantai lagi melihat Melbourne Port...Suasana malam lagi sejuk dari siang...suhu pada masa itu ialah 5°c...sejuk woo00..Bulan September adalah musim Spring(bunga)..Tetapi masih sejuk..baru sahaja lepas musim(winter)sejuk..Pastikan anda membawa baju sejuk apabila hendak ke Melbourne pada bulan September...
Kami mencari makanan pada waktu itu...Di area pantai itu susah utk mencari makanan halal..kebnyakan nya ada Pub..
Total makan je dh dekat aud180....Dlm RM lebih kurang RM360++...huhuhu...terbang duit...
Keesokn hari pula iaitu hari kedua kami di Melbourne..Kami meneruskan aktiviti kami untuk ke Philip Island..Di mana Di Philip Island kami akan ke Chocolate Factory,Peguin Parade serta Wild Life park.. Perjalanan dari Hotel kami mengambil masa selama 1 jam 30 minit...Amat seronok dapat melihat kiri kanan jalan terbentang luas rumput hijau kelihatan seperti karpet...
Setelah sampai di Chocolate Factory apalagi shopping chocolate lar...Wow...Harga boleh tahan..Beli hanya 3 jenis sahaja untuk rasa sahaja..hehe..jimat kan..Selepas itu kami ke Peguin Parade.Tetapi tidak berkesempatan melihat peguin beraksi di depan kami kerana terlalu mahal tiket untuk masuk ke dalam...iaitu lebih kurang 240 MYR..Kami hanya bergambar di luar sahaja.
Tourist Station ada di mana2 ...Memudahkan kita untuk bertanya sekiranya tersesat jln...malas bertanya sesat lah jln korunk...hihihi...so kne rajin bertanyalah ye...rojak pun..rojaklaa..hihi..
dah mcm kes buli plak hahahaha...amat terhibur jmp dgn si kanggroo2 ni...peramah belaka dorang ni...
Selesai bergambar kami teruskan perjalanan kami ke Wildlife Park untuk bertemu dengan kangroo ...Perjalanan dari Peguin Parade hanya 15 min sahaja.. Tiket masuk Rm49 perpax...Dah sampai apalagi masuk jelah...Memang lah mahal juga..tapi rugi juga kalau tak dapat bergambar sakan dengan kangroo..Wajib!!hahaha...kangroo kat sini semua peramah belaka...jinak belaka.... sangat comel... Rasa sangat terhibur dengan telatah kangroo di sini...
jam menunjuk kan 4.30pm..kmi pun meneruskan perjalanan ke hotel semula...
Hari ketiga bermalam di Melbourne City...
Kereta sewa kami hanya park di basement yang telah di sediakan...kos parking pula Rm45 sehari...Kami tidak menggunakan kereta di kawasan bandar kerana sudah terdapat Tram yang percuma untuk mengelilingi Melbourne City... Tram yang bernombor 35 ini akan bergerak ke tempat tempat sejarah Melbourne...Kat situ dah jimat dah kan...hehehe...
Tram percuma no .35 okay...round kota Melbourne...takyah membazir nk bayar2...!
Sebelum kami bergerak ke Melbourne City,kami menghabiskan masa pada hari itu ke Great Ocean Road...Lalulan untuk ke sana sangat tercabar... Anda harus pergi ke sana jika tidak sangatlah rugi...Perjalanan mengambil masa selama 3 jam dari Melborne City... Nasib kami tidak baik..Cuaca hujan membantutkan perjalanan kam untu sampai ke 12 Appostle...Terlalu jauh...
pic di Great Ocean Road...
otw ke Twelve Oppostle...
Setelah bergambar di tebing2 laut..Kami pun pulang ke Melbourne City ...Kami check in lewat pada jam6.30 pm..sudah waktu malam ya..walaupun penat..kami tetap keluar malam melihat keindahan kota Melbourne...
Pada hari keempat,kami langsung tidak menggunakan kereta untuk ke mana mana...Hanya menggunakan Tram sahaja untuk bergerak dari hotel ke tempat tempat bersejarah..
.
Setelah penat bersiar siar di kota Melbourne, perut pun berkeroncong .. Kami menjumpai Restoran halal Nelayan Indonesian Restoran di mana ia menyajikan lauk pauk masakan Malaysia(masakan kampung)..Bbbrrrppp Alhamdulillah...Bayaran untuk 4 orang makan adalah sebanyak Rm90..Makanan jika di convert dengan harga MYR memanglah mahal...so JANGAN convert ok! Kalau tak...lapo lar nanti tak makan..hehehe....
Kami singgah di sebelah restoran tersebut untuk membeli belah cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia... Harga pun ok juga.. Tak terlalu murah dan tak terlalu mahal...Yang sedang sedang aja!!ngeee....
Hari kelima...
Kami pulang ke Malaysia.... Arrghhh...rindu Nasi lemak!!!
sekian...
*jumpa lagi di blog akan datang ke Ho chi minh Vietnam pula*
wassalam...
















